Halangan yang dihadapi oleh usahawan sebelum, semasa, dan selepas membina perniagaan.
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Hanya individu yang tabah dan cekal mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini. Tambahan pula di zaman perkembangan teknologi masa kini, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar di samping memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai. Berikut adalah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap usahawan
1.0 Masalah yang dihadapi oleh usahawan
1.1. Sebelum memulakan perniagaan
Ø Tiada mempunyai idea yang hendak memulakan perniagaan
Ramai peniaga gagal membuat perancangan perniagaan. Rancangan perniagaan adalah penting untuk mengetahui tentang pembeli, produk, pasaran dan sebagainya. Apabila mereka gagal buat perancangan mereka terus berhenti bercita-cita hendak berniaga, akhirnya terus bekerja makan gaji sehingga pencen.
Ø Tidak mempunyai arah tuju yang jelas
Selepas mereka telah mendapat idea untuk menjual produk apa, mereka perlu kenal pasti bagaimana perlu menjual produk itu supaya boleh berbeza dengan pesaing mereka. Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan ini.
Ø kekurangan modal permulaan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai peniaga gagal di tahap ini. Mereka hanya putus asa apabila mereka tidak mencukupi modal yang diperlukan. Seterusnya mereka membuat perniagaan secara kecil-kecilan dan hal ini yang membantutkan fikiran mereka serta mereka juga mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan kecil tersebut.
Ø Sukar mendapatkan sumber kewangan
Cara untuk mendapatkan sumber kewangan adalah tidak terhad kerana boleh didapatkan bantuan kewangan melalui bank atau institusi kewangan. Sumber kewangan boleh juga dijana dari saudara mara atau rakan kongsi, kawan dan sebagainya. Kita perlu faham bahawa “no gain without pain”, iaitu kita tidak boleh mencapai kejayaan dengan senang.
Ø Kekurangan motivasi dan pendorong
Mungkin boleh pandang rendah kepada masalah ini, tetapi ia adalah tulang belakang untuk peniaga. Mereka perlu diberi sokongan dan motivasi daripada orang lain seperti ibu bapa, ahli keluarga, kawan dan sebagainya. Jikalau mereka tidak dapat mendapat sokongan daripada orang rapat mereka akan rasa seperti tidak berkeyakinan diri, malah, mereka juga boleh berputus asa serta tidak lagi ingin membuat perniagaan.
1.2 semasa memulakan perniagaan
Ø Kekurangan pengalaman
Ini adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan pada awal perdagangan dilakukan. Kebuntuan ini didorong oleh kekurangan kekuatan dalam mengurus dan menjalankan perniagaan. Memang tak dinafikan kebanyakan peniaga akan mengalami masalah yang sama ini dalam memulakan perniagaan, tapi apabila telah berjaya, kesusahan itu menjadi kemanisan akhirnya
Ø Melantik pekerja
Perniagaan tidak boleh dijalankan dengan seorang diri. Maka, diperlukan ramai org untuk menjayakan perniagaan tersebut.seperti melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Sebagai contoh, kita perlu peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian corak fesyen tentang produk ataupun servis yang mereka buat kerana ramai pelanggan mahukan sesuatu yang baru. Walaubagaimanapun, peniaga juga kena berfikiran kreatif dan tidak malu untuk belajar kerana setiap hari banyak fesyen baru akan muncul dan mereka harus mengejar pembaharuan itu. Namun, peniaga juga berdepan dengan cabaran seperti pelanggan tidak yakin kemampuannya dan tidak dapat komunikasi serta tidak dapat faham apa yang disampaikan.
Ø Memberi latihan dan pengetahuan yang secukupnya
Cabaran yang seterusnya adalah kesukaran untuk mencari pekerja yang benar-benar mahir. Tahap ini adalah agak sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengalaman bekerja di bidang yang berkaitan. Sebagai contoh, peniaga yang ingin membuka perniagaan salon maka peniaga tersebut memerlukan pembantu yang mempunyai pengalaman untuk gunting rambut, dandanan, solekan, hiasan dan sebagainya. Mereka perlu memastikan bahawa perkhidmatan atau produk mereka memberi kepuasan kepada pelanggan serta pelanggan setia untuk datang balik untuk beli produk atau servis mereka.
Ø Memilih strategi perniagaan
Membina perniagaan tidak bermaksud telah menang, baru bermulanya halangan untuk ditempuhi. Peniaga perlu memilih strategi perniagaan seperti pilih pemborong, bagaimana mendapatkan pembeli baru, cara-cara untuk meningkatkan jualan, dan sebagainya.
Ø Berusaha serta mendapatkan jaringan
Biasanya, peniaga mesti memastikan mereka mempunyai jaringan yang cukup dan kukuh untuk perniagaan mereka. Jaringan adalah hubungan dengan peniaga-peniaga lain supaya dapat peluang untuk mengembang dalam bidang ini. Peniaga-peniaga yang berpengalaman mesti memberi banyak tunjuk ajar supaya peniaga tersebut berjaya. Pada masa yang sama, peniaga baru itu juga perlu mengenali pesaing mereka dan sentiasa berusaha dengan gigh untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Ø Halangan Dalaman
Halangan dalaman adalah halangan yang wujud dalam diri usahawan itu sendiri atau dalam syarikat usahawan. Terdapat tiga halangan dalaman yang akan menjejaskan proses untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
1. Sikap tidak yakin dengan keupayaan dan kebolehan syarikat untuk bersaing dengan pesaing terkenal di luar negara sering membantutkan hasrat usahawan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatannya di pasaran luar. Apabila wujud sikap tidak yakin, ia akan menyebabkan usahawan tidak berani mengambil risiko untuk mengembangkan perniagaannya walaupun peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa sedia wujud.
2. Kekurangan maklumat. Ramai usahawan memasuki pasaran tanpa maklumat yang mencukupi terutama maklumat berkaitan dengan polisi, prosedur, sistem percukaian dan lain-lain maklumat yang berguna. Akibat dari kekurangan maklumat ini, usahawan tidak memahami persekitaran perniagaan di negara yang dimasuki. Untuk mengatasi masalah ini, usahawan boleh mendapatkan maklumat dari pejabat kedutaan negara tersebut atau cuba mencari rakan niaga di negara yang ingin dimasuki.
1.3 Selepas memulakan perniagaan
Ø Pasaran antarabangsa
Peniaga yang memulakan perniagaan secara kecilan tidak patut berhenti di tahap tersebut. Maka, mereka perlu berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa supaya produk atau servis mereka boleh didapati di seluruh dunia. Bagi mendapatkan pasaran antarabangsa bukan mudah ia mempunyai banyak peraturan.
Ø Halangan Perdagangan.
Merujuk kepada pematuhan prosedur dan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara yang ingin dimasuki. Akibat dari halangan yang dikenakan ini, kos ke atas produk dan perkhidmatan yang diimport atau dieksport menjadi semakin tinggi. Tujuan halangan perdagangan ini dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh usahawan tempatan negara terbabit. Tindakan kerajaan negara berkenaan adalah untuk menjaga kepentingan dan bagi membolehkan usahawan di negara berkenaan dapat terus bersaing dengan pesaing dari luar negara. Terdapat dua jenis halangan yang boleh dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara iaitu halangan berbentuk tarif dan bukan tarif
1. Tarif adalah cukai langsung atau duti yang dikenakan ke atas barangan yang diimport masuk ke negara terbabit. Tindakan mengenakan tarif akan menyebabkan harga barangan import akan menjadi lebih tinggi atau mahal yang mana secara tidak langsung akan mengurangkan minat pembeli untuk membeli barangan tersebut
2. Bukan tarif ialah pendekatan bukan cukai atau duti tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu cuba untuk meningkatkan kos produk yang diimport atau mengurangkan jumlah barangan import dari dibawa masuk ke Negara berkenaan. Kesan dari tindakan ini akan menyebabkan harga semakin tinggi dan selalunya produk ini kan dikenali sebagai produk yang eksklusif. Antara pendekatan yang dikategorikan sebagai bukan tarif ialah:
Ø Kuota.
Tindakan kerajaan sesebuah negara mengehadkan jumlah kemasukan barangan yang diimport ke negara berkenaan. Tindakan ini bertujuan untuk melindungi industri yang sama di negara berkenaan daripada dimonopoli oleh barangan dari syarikat luar negara. Semua negara telah mengamalkan kaedah ini untuk menjaga kepentingan industri tertentu yang mungkin belum bersedia untuk bersaing dengan produk dari negara luar
Ø Embargo.
Tindakan memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang urusan perdagangan atau perniagaan dengan sesebuah negara asing lain. Merupakan suatu tindakan ekstrem yang diambil oleh sesebuah negara akibat dari ketidakpuasan dasar, polisi, peraturan dan prosedur sama ada disebabkan oleh politik atau ekonomi sesebuah negara tersebut.
Ø Antilambakan
Lambakan ialah tindakan membawa masuk sesuatu produk secara pukal atau dalam kuantiti yang terlalu banyak di dalam sesebuah negara. Disebabkan oleh lambakan tersebut, harga bagi semua produk berkaitan akan menjadi semakin rendah iaitu di bawah harga sebenar. Tindakan tersebut merupakan satu strategi yang bertujuan untuk meluaskan syer pasaran dengan cepat di sesebuah negara asing. Tindakan ini akan menjejaskan dan melumpuhkan sesuatu industri di negara berkenaan. Untuk menyekat aktiviti lambakan ini satu akta antilambakan telah diperkenalkan bertujuan untuk melindungi usahawan tempatan negara berkenaan.
Ø Subsidi
Pemberian bantuan kewangan kepada syarikat tempatan secara langsung atau tidak langsung. Subsidi diberikan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu syarikat tempatan untuk membantu syarikat tempatan supaya dapat terus bersaing dengan syarikat luar atau produk luar. Bentuk subsidi yang boleh diberikan oleh kerajaan adalah seperti pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah, pemberian taraf perintis, geran dan insentif atau pelepasan cukai kepada usahawan atau syarikat tempatan. Dengan pemberian subsidi ini, syarikat tempatan akan menjadi semakin kompetitif untuk terus bersaing dengan syarikat luar dalam era globalisasi ini.